Istiqbal Lunar - Peluang Rakam Keindahan Alam Cakerawala
Bagi ahli falak, pemerhati astronomi, pencinta planet dan penggemar langit, mereka pasti cakna dan tertunggu-tunggu untuk menyaksikan fenomena istiqbal ini.
Istiqbal adalah istilah bahasa Arab. Atau lebih profesional disebut "Opposition" atau "Occultation". Atau lebih sopan disebut "berhadapan" atau "bertentangan".
"Apa yang bestnya istiqbal?" 🤔
Bestnya planet tertentu dapat dilihat dengan lebih terang dan jelas. Time ni la segala mak nenek teleskop tercanggih abad ini keluar beraksi untuk dapatkan pencerapan imej dan rakaman yang terbaik.
Hakikatnya, istiqbal adalah fenomena biasa yang sentiasa berlaku dalam sistem solar kerana pengorbitan planet. Tapi dalam biasa itu ada yang luar biasa.
Contohnya bulan purnama. Jadinya bulan purnama yang cerah dan jelas sebulan sekali adalah kerana istiqbal, kerana berada berhadapan dengan matahari, maka orang di Bumi dapat melihat keindahan bulan dalam kepurnamaannya. Fenomena biasa kan?
Luar biasanya kalau istiqbal ni melibatkan planet-planet seperti Zuhal, Musytari atau Marikh. Bukan senang dapat peluang tengok kepurnamaan planet-planet ni, dia bukan mai selalu. Pasti indah dan mempersona. Benda rare. Maka, peluang itu sewajarnya dirakam dan dimanfaatkan.
Yang terdekat, planet Marikh pula akan mengalami isitiqbal pada 8 Disember 2022 hari Khamis. Orang panggil "Mars occultation". Dijangka pergerakan planet Marikh dapat dilihat jelas walaupun planet tersebut berada pada jarak sangat jauh.
Time ni kedudukan planet Marikh berada bertentangan dengan matahari, menyebabkan permukaan Marikh yang menghadap Bumi disinari cahaya matahari sepenuhnya dan dapat dilihat lebih cerah, terang dan jelas daripada biasa.
Siapa yang habaq? Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang habaq.
Sebenarnya, aku tertarik nak share sebab perkataan istiqbal tu. Sama nama aku yang diberi imbuhan awal "ist". 😄
"Tak paham la tulis-tulis panjang ni. Ada video tak?" Ada, klik sini.
Ini update terbaru gambar hasil pencerapan imej istiqbal Marikh ini. Nampak tak dia menyorok belakang bulan?

