Tips, Nasihat Dan Panduan Anak Bersunat

Bersunat bukan satu situasi yang mudah. Baik pada ibu bapa mahupun anak yang bersunat.
Ibu bapa akan lalui proses memujuk, menjaga, melayan, mencuci hingga sembuh. Anak pula akan lalui sakit, pedih, menangis, menjerit hingga sembuh. 😭
Nak sembuh pula ambil masa, bergantung pada umur, cara penjagaan dan faktor-faktor lain. 1 - 2 minggu paling cepat untuk berumur 5 tahun ke bawah. Boleh mencapai 3 - 6 minggu juga secara purata. 😮💨
Apa pun, tak perlu terlalu risau. Sini aku kongsikan sedikit hasil pengalaman peribadi dan perkongsian kenalan bagaimana cara pujuk anak dan tips- tips menjelang anak bersunat:
1. Terangkan dengan ringkas kebaikan sunat untuk jaga kebersihan diri, spesifiknya kebersihan zakar.
Jika tak sunat, sisa air kencing akan melekat pada kulit hujung zakar. Kalau tak dibersihkan dengan teliti dan cermat, boleh dijangkiti kuman dan penyakit. 🤧
2. Cakap terus-terang sunat tu sakit, sebab akan potong kulit tapi akan cepat sembuh.
Anak yang pernah jatuh terluka atau pernah cedera akan mudah faham. Tak perlu tipu cakap sunat tak sakit. 😆
3. Beritahu yang agama Islam amat menggalakkan bersunat kerana sisa air kencing yang terlekat walaupun sedikit adalah tetap najis dan kotor.
Nak solat perlu bersih tiada najis. Dan Allah sayang mereka yang jaga kebersihan diri. 🥰

4. Jangan paksa jika anak menolak atau tak bersedia untuk bersunat. Ulang dan slow talk Point 1, 2, 3 di atas supaya anak dapat terima dengan positif.
Kalau anak yang suka tengok Upin Ipin, beritahu mereka yang Upin Ipin pun bersunat. 🤣
5. Raikan anak sebelum sunat sebagai tanda dorongan dan motivasi. Bawak pergi jalan-jalan atau makan KFC pun dah cukup.
Ini untuk pastikan emosinya stabil dan bersedia untuk lalui pengalaman bersunat. Kalau dulu-dulu ada majlis sunat beramai-ramai siap kenduri lagi, harap sekarang masih ada tapi dah jarang nampak. 🧐
6. Ambil tahu prosedur cara sunat dan hadir bersama ketika bersunat. Sekarang dah maju banyak yang gunakan prosedur laser dan bius. Dulu tenang je pakai pisau rambo, duduk atas batang pisang. 🤣

7. Ambil tahu apa yang perlu dibuat selepas sunat dan bagaimana penjagaan ketika berpantang. Sediakan beberapa helai kain pelikat atau seluar dalam (underwear) sunat.
Penjagaan ketika pantang sangat penting, ini bagi mengelakkan jangkitan kuman atau sebarang kompilasi lain. Ikut nasihat perubatan yang disarankan. Cuci luka atau sebarang darah dan cecair yang mengalir. Sapu krim antibakteria. 🧑⚕️
8. Untuk 7 tahun ke bawah, luka luaran ambil masa 3 - 4 hari untuk kering. 8 tahun ke atas dalam 5 - 6 hari. Tapi masih belum sembuh sepenuhnya. Perlu terus ikut nasihat perubatan yang disarankan.💊
8. Beri kata-kata semangat dan motivasi selepas bersunat. Anak dah besar, hebat, berani dan kuat. Supaya beri kesan positif pada emosi walaupun sedang menahan kesakitan. 😁
9. Paling penting, emak ayah perlu bersedia hadap ragam anak selepas sunat. Ada yang menangis berjam-jam lamanya. Biasanya kesan bius dah habis, mulalah rasa sakit berdenyut. Sabar dan layankan 😉
Kepada adik-adik dan anak-anak yang akan bersunat tak lama lagi, good luck ! 👍
Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.